SMART-RPH PRO
Untuk guru SK, SMK, PPKI & Prasekolah

RPH seminggu siap sebelum kopi cikgu sejuk.

Pilih minggu RPT, kelas dan subjek. SMART-RPH PRO tulis RPH lengkap ikut RPT. Cikgu semak, muat turun, terus mengajar.

Tak perlu muat naik RPT. RPT 2026 untuk semua subjek sudah tersedia dalam sistem. Daftar, pilih kelas dan subjek, terus jana.

RM19.90 sebulan = 150 RPH siap. Kira-kira 13 sen satu RPH. Satu malam menulis RPH kini jadi beberapa minit.

Cuba dulu tanpa kad bank. Demo boleh muat turun Word & PDF.

Harian & mingguanSesi tanpa had
Semua subjekTiada had subjek
Word & PDFSedia cetak
Banyak perantiTelefon, tablet & PC

Tiga langkah, itu sahaja.

Pilih

Minggu RPT, tarikh mengajar, kelas dan subjek. RPT sudah ada dalam sistem, tiada fail untuk dimuat naik. Untuk seminggu, isi jadual sekali.

Jana

RPH lengkap dengan objektif, kriteria kejayaan, aktiviti dan refleksi, terus muncul untuk disemak.

Guna

Muat turun Word atau PDF. Semua RPH tersimpan dalam SMART-REKOD, boleh dibuka di mana-mana peranti.

Untuk semua guru, semua program.

Kandungan RPH diambil daripada RPT rasmi 2026 mengikut minggu: tema, tajuk, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Bukan rekaan.

Sekolah Rendah (SK)

Subjek KSSR Tahun 1 hingga 6, termasuk Bahasa Arab, Pendidikan Islam (Jawi) dan Tasmik.

Sekolah Menengah (SMK)

Subjek KSSM Tingkatan 1 hingga 5, termasuk elektif Sains, Teknikal dan Perakaunan.

PPKI

PPKI sekolah rendah dan menengah: Kefungsian Sederhana, Kefungsian Rendah, KAV, KVS dan kelas Peralihan.

Prasekolah

Semua tunjang KSPK: Bahasa dan Literasi, Kognitif, Fizikal, Sosioemosi, Kreativiti.

Bukan sekadar jana RPH.

SMART-REKOD

Semua RPH tersimpan. Muat turun Word atau PDF, atau gabung seminggu dalam satu fail.

SMART-REFLEKSI

Isi refleksi selepas mengajar dengan beberapa ketikan.

SMART-HANTAR

Bantu isi ePRema dan hantar RPH ke Google Classroom.

SMART-KOMUNITI

Kongsi RPH, bertanya dan buat poll bersama cikgu lain.

Hanya RM19.90 sebulan. Kira-kira RM5 seminggu.

Satu RPH siap kurang 14 sen. Masa cikgu menulis RPH setiap minggu kini boleh diguna untuk mengajar, menanda dan berehat.

Paling popular

Bulanan

RM19.90/ sebulan
150 RPH · ±13 sen satu RPH · Tiada auto-debit
  • 150 RPH setiap bulan
  • Semua subjek, tanpa had
  • Harian & mingguan, sesi tanpa had
  • Word & PDF, buka di telefon dan PC
  • Refleksi, Rakan Mengajar & Rekod Murid
Paling jimat · Jimat RM128.80

Tahunan

RM129.90/ 13 bulan
Bersamaan RM9.99 sebulan · 12 bulan + 1 bulan percuma
  • 150 RPH setiap bulan
  • Semua subjek, tanpa had
  • Harian & mingguan, sesi tanpa had
  • Word & PDF, buka di telefon dan PC
  • Refleksi, Rakan Mengajar & Rekod Murid

Caj transaksi RM1 ditambah semasa bayaran. Belum pasti? Cuba 5 RPH percuma dahulu.

Soalan lazim

Perlu kad bank untuk cuba demo?

Tidak. Daftar dengan email, terus jana 5 RPH dan muat turun Word atau PDF.

Kandungan RPH diambil dari mana?

Daripada RPT minggu yang cikgu pilih: tema, tajuk, SK dan SP. Tarikh mengajar boleh berbeza daripada minggu RPT.

Saya ajar banyak kelas seminggu. Ada had?

Tiada had sesi untuk jana mingguan. Setiap pelan memberi 150 RPH sebulan, dan kuota tambahan boleh dibeli jika perlu.

Boleh guna di telefon?

Boleh. Jana di telefon, buka semula atau muat turun di PC. Semua RPH tersimpan dalam SMART-REKOD.

Bagaimana bayaran dibuat?

Melalui FPX (perbankan dalam talian) dengan Bayarcash. Akaun aktif secara automatik sebaik bayaran berjaya. Caj transaksi RM1 ditambah pada jumlah.

Saya pindah sekolah atau negeri?

Kemas kini sendiri di Profil Saya. Kalendar minggu persekolahan ikut negeri baru secara automatik.

Ada untuk PPKI dan Prasekolah?

Ada. PPKI sekolah rendah dan menengah (termasuk Kefungsian Rendah, KAV, KVS dan kelas Peralihan) serta Prasekolah, dalam langganan yang sama.

Perlu muat naik RPT sendiri?

Tidak. RPT 2026 bagi semua subjek SK, SMK, PPKI dan Prasekolah sudah tersedia dalam sistem. Cikgu hanya pilih minggu, kelas dan subjek.

Boleh hantar ke ePRema atau Google Classroom?

Boleh. SMART-HANTAR bantu isi ePRema dan hantar RPH sebagai PDF ke Google Classroom.

Mula percuma hari ini. Bila dah yakin, hanya RM19.90 sebulan untuk 150 RPH.